TLC: Klik Dengan Bijak- 'Online Games'
24 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program Klik Dengan Bijak Siri II ini telah berlangsung pada 23 Mac 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 9 orang murid- murid yang berusia 5 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI.Kelas ini dijalankan dengan tujuan untuk mendidik murid- murid cilik tentang 'online games' dan bahaya sekiranya terlalu taksub dengan permainan ini. Di samping itu, kelas ini juga menunjukkan cara penggunaan internet dan komputer dari sudut yang berbeza.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: